Search This Blog

Thursday, December 30, 2010

Kisah Anak, Ibu dan Pengurus Syarikat


Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga  perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak".
Pengurus itu  bertanya lagi, "Jadi  adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah  membayar  semua yuran pengajian saya".
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air  di tangannya.
Lama-kelamaan  gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti . Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya  yang cemerlang  dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".
Gadis itu menjawab
"Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti  betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya.Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah.Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Thursday, December 23, 2010

Utusan Kematian

Diceritakan bahawa beberapa orang nabi telah berkata kepada Malaikat Maut a.s: "Tidakkah engkau mempunyai utusan yang engkau utuskan terlebih dahulu sebagai peringatan kepada manusia?" Malaikat Maut menjawab:"Demi Allah, aku memiliki banyak utusan seperti sakit dan penyakit, uban, tua, serta pudar pendengaran dan penglihatan.Apabila orang yang ditimpa perkara-perkara ini tidak mahu mengambil ikhtibar dan tidak bertaubat, maka tatkala mencabut nyawanya, aku berseru: "Bukankah aku telah utuskan utusan demi utusan dan peringatan demi peringatan. Akulah pemberi peringatan yang tidak ada lagi selepasku pemberi peringatan." Setiap hari Malaikat Maut akan menyeru: "Hai orang yang telah mencecah usia empat puluhan, ini waktunya untuk kamu membuat pembekalan. Fikiranmu masih cergas dan tubuhmu masih kuat. Hai orang yang telah mencecah usia lima puluhan, telah sampai waktu pengambilan dan penuaian. Hai orang yang telah mencecah usia enam puluhan, kamu lupa kepada balasan seksa dan kamu lalai menyahut seruanku padahal kamu tidak mempunyai penolong."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya:
"Allah telah memberi peluang kepada seorang yang dilewatkan ajalnya sehingga usianya mencapai enam puluh tahun."

Monday, December 20, 2010

Kata-Kata Untuk Direnungkan



Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.  

Al-Imam Ghazali

Sunday, December 19, 2010

Meraih Kasih Allah

1. Takut Kepada Allah vs Takut Kepada Makhluk Allah.

Jika takut kepada makhluk Allah, kita akan lari daripadanya. Tetapi takut kepada Allah menyebabkan manusia berusaha untuk mendekatkan hubungannya dengan Al-Khaliq (Maha Pencipta). Dibuktikan kepada perbuatan, perkataan dan hati yang sentiasa malu kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Mengawasi.

2. Cinta vs Kasih

"Cinta" adalah perkataan yang berbaur dengan nafsu. Yang lebih tepat adalah kasih kepada Allah. Mengapa? Sesungguhnya kasih kerana Allah menghasilkan insan yang berusaha menjaga batas-batas yang dikehendaki oleh Allah. Adakala tewas dengan nafsu dengan kelemahan sebagai manusia. Kasih kepada Allah dibuktikan dengan kasih kepada Al-Quran. Kasih kepada Al-Quran dibuktikan dengan kasih kepada Sunnah Rasulullah SAW.

3. Doa Nabi Daud Bagi Meraih Kasih Allah Serta Agar Direzekikan dengan Amalan Soleh

Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam bersabda, yang bermaksud :
"Di antara doa Nabi Daud 'alihis-salaam ialah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kasih-Mu dan kasih orang-orang yang mengasihi-Mu. Dan aku memohon kepada-Mu amalan yang dapat mengantarku kepada kasih-Mu. Ya Allah, jadikanlah kasih-Mu lebih kukasihi daripada diriku dan keluargaku serta air dingin."
Dan apabila Rasulullah SAW mengingat Nabi Daud 'alihis-salaam, beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi 3412)




Sedarlah!!!!

ADAKAH ANDA (WANITA) SEDAR BAHAWA ANDA SEBENARNYA TELAH MENGGENTARKAN IMAN LELAKI DENGAN BERPAKAIAN SEPERTI TERLANJANG...BERTUDUNG PENDEK, T-SHIRT PENDEK, SELUAR JEANS DAN LENGGING KETAT???

ADAKAH ANDA (WANITA) TAHU BAHAWA RAMAI PENGHUNI NERAKA ADALAH DARI KALANGAN WANITA IAITU 2/3 PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA...???

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)