Search This Blog

Thursday, December 23, 2010

Utusan Kematian

Diceritakan bahawa beberapa orang nabi telah berkata kepada Malaikat Maut a.s: "Tidakkah engkau mempunyai utusan yang engkau utuskan terlebih dahulu sebagai peringatan kepada manusia?" Malaikat Maut menjawab:"Demi Allah, aku memiliki banyak utusan seperti sakit dan penyakit, uban, tua, serta pudar pendengaran dan penglihatan.Apabila orang yang ditimpa perkara-perkara ini tidak mahu mengambil ikhtibar dan tidak bertaubat, maka tatkala mencabut nyawanya, aku berseru: "Bukankah aku telah utuskan utusan demi utusan dan peringatan demi peringatan. Akulah pemberi peringatan yang tidak ada lagi selepasku pemberi peringatan." Setiap hari Malaikat Maut akan menyeru: "Hai orang yang telah mencecah usia empat puluhan, ini waktunya untuk kamu membuat pembekalan. Fikiranmu masih cergas dan tubuhmu masih kuat. Hai orang yang telah mencecah usia lima puluhan, telah sampai waktu pengambilan dan penuaian. Hai orang yang telah mencecah usia enam puluhan, kamu lupa kepada balasan seksa dan kamu lalai menyahut seruanku padahal kamu tidak mempunyai penolong."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya:
"Allah telah memberi peluang kepada seorang yang dilewatkan ajalnya sehingga usianya mencapai enam puluh tahun."

No comments:

Post a Comment